suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Pelajar Tingkatan 4 maut terjatuh bangunan sekolah

Seorang pelajar maut terjatuh dari bangunan sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar Tingkatan Empat maut selepas terjatuh dari bangunan sekolah dekat Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 11.26 pagi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.

"Kecederaan itu disebabkan terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohd Hafiz, satu kertas siasatan sebagai mati mengejut (SDR) dibuka berhubung kejadian tersebut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai terutama pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain