suria

Anggota polis ditemui mati dipukul di Balakong

Kesalahan membunuh termaktub di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis berusia 34 tahun ditemui mati di sebuah blok rumah pangsa di Taman Impian Indah, Balakong, Selangor pada awal pagi Sabtu.

Menurut sumber, polis menerima panggilan selepas mangsa ditemui terbaring tidak bergerak di tempat kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Difahamkan, mangsa yang berpangkat Koperal bertugas di Lokap Sentul.

Polis Kajang sedang menyiasat kes berkenaan dan akan mengeluarkan lanjut kemudian.

Polis turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi talian 03-8911 4222 (Polis Kajang). -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain