suria

Kes dera Bella: Siti Bainun didapati bersalah

Siti Bainun didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen. gambar fail/ foto Bernama

DIKEMASKINI

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya melibatkan seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes, pada Rabu.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai 22 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan yang bermula 30 Mac 2022, termasuk bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan, penolong pengurus sebuah syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 November, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain