suria

Mula-mula demam tak berpeluh, bapa terkejut anak lelaki temui ajal... Doktor sahkan akibat jangkitan kuman dalam otak

Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat jangkitan kuman dalam kepala.

SANGKAAN seorang bapa meleset apabila menganggap anak keduanya hanya mengalami demam biasa.

Namun tanpa diduga kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi daripada strok haba.

Menurut bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, arwah Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat jangkitan kuman dalam kepala atau septic shock secondary to meningoencephalitis.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor, kira-kira pukul 7 pagi Isnin.

Difahamkan anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

"Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

"Selepas itu saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kanak-kanak di Kelantan maut akibat strok haba... Anak tunggal seminggu batuk dan muntah, rupanya paru-paru kecut

ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat berehat anakku” - Kanak-kanak 11 tahun pergi selamanya akibat strok haba, ibu sayu kenangkan arwah ajar erti kehidupan

Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

"Pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong, Pahang.

Menurut rekod hospital, Airiel Syahren meninggal dunia akibat renjatan septik sekunder atau meningoencephalitis.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bentong selepas solat Zohor pada Isnin (1 Mei).

Seorang lagi anak lelaki Syahrol Azmi, Aidil Syahren, sembilan tahun, juga mengalami demam pada Ahad tetapi pihak hospital menyatakan keadaannya stabil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain