suria

Lagi kanak-kanak di Kelantan maut akibat strok haba… Anak tunggal seminggu batuk dan muntah, rupanya paru-paru kecut

Ahmad Faris berkata anak tunggalnya batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, Kelantan, meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir berkata anak tunggalnya, Nur Imani batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

"Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut," katanya kenyataan kepada Astro Awani pada Khamis.

Ahmad Faris berkata, anak perempuannya berada di tahap kritikal sejak Isnin malam, menyebabkan dia dan isterinya membawa mangsa ke klinik swasta sebelum dipindahkan ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat berehat anakku” - Kanak-kanak 11 tahun pergi selamanya akibat strok haba, ibu sayu kenangkan arwah ajar erti kehidupan

“Ketika dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, beliau lemah dan kesejukan.

“Tetapi doktor di wad kecemasan hanya boleh berikan ubat kepadanya dan menyuruh kami membawanya pulang.

"Pada mulanya, kami ingin memasukkannya ke wad kerana dia sudah lemah," kata Ahmad Faris.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.

Muhamad Syamil Aqil, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain