suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan peduli komplot jatuhkan kerajaan... Anwar mahu fokus pada rakyat, "tumpu kerja"

Anwar Ibrahim akui terdapat komplot jatuhkan kerajaan.

KOMPLOT untuk menjatuhkan kerajaan perpaduaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai wujud dan sedang berlaku.

Mengakui perkara tersebut, Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan usaha seumpama itu tidak mempunyai asas yang kukuh.

"Komplot itu memang ada, tapi tak ada asas. Kita tumpu pada kerja... kalau tak ada komplot dia kerja apa?

"Ini dia jalankan tugas dia, setiap bulan dia ada strategi dia. Jadi insya-ALLAH setakat yang kita pantau, keadaan cukup kuat," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, meskipun pelbagai usaha sedang dirangka pihak lawan, namun ia dilihat sukar berikutan sokongan padu diberikan semua parti dalam kerajaan.

"Yang penting PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk yang lain seperti Parti Warisan (Warisan), yang empat ini komitmennya cukup jelas (terhadap kerajaan).

"Jadi, tumpu kerja," tegasnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain