suria

BNM naikkan OPR kepada 3 peratus

BNM telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada Rabu.

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, kenaikan pertama sejak November 2022.

Bank pusat itu berkata, kadar siling dan tingkat lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Bank pusat itu berkata ekonomi global terus didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh, dan pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

ARTIKEL BERKAITAN: OPR naik lagi, kini 2.75 peratus

"Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

"Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Untuk rekod, ini merupakan kenaikan kali kelima sejak Mei 2022.

Pada Mei tahun lalu, kadar OPR naik 2.0 peratus, diikuti Julai 2.25 peratus, September naik kepada 2.50 peratus dan November kepada 2.75 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

OPR, BNM, kenaikan kali kelima,

Artikel Lain