suria

Terkejut tiba-tiba ‘lembaga’ muncul tengah jalan, pegang parang lompat atas bonet! Pemandu terus masuk ‘mode turbo’

Susuk lelaki aneh tiba-tiba muncul di tengah jalan raya.

PERJALANAN di jalan raya pada waktu malam bertukar ngeri bagi seorang individu ini.

Begitulah insiden yang sempat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) miliknya ketika melalui jalan raya yang dipercayai menghubungkan Kuantan dan Muadzam Shah, Pahang.

Dalam video pendek itu, individu berkenaan mengatakan dia sedang menghadapi kesesakan lalu lintas sejauh 15 kilometer (km) selama 30 minit sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran satu lembaga.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Kita tengah santai layan kesesakan. Tiba-tiba ada orang dekat tengah jalan ni. Ini la kot yang jadi punca sesak tu.

"Dia macam tengah jogging, tapi di tengah-tengah jalan," tulis individu terbabit dalam videonya.

Keadaan lebih memeranjatkan apabila lelaki yang muncul daripada kegelapan malam itu secara tiba-tiba melompat ke atas bonet kereta pemilik dashcam berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tenung punggung, kemudian tunjuk seluar dalam depan tandas... Pemuda kaki gim menggigil diganggu lelaki gila seks

Lebih membimbangkan apabila lelaki itu diperhatikan sedang memegang sebilah parang.

Tatkala keadaan bertukar cemas, pemandu kereta itu menekan pedal minyak hingga menyebabkan lelaki terbabit tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan tar.

Dia kemudian terus berdesup meninggalkan tempat kejadian dan lelaki itu di belakangnya.

Lelaki itu tercampak ke hadapan ketika individu berkenaan brek mengejut.

"Gerak dulu, apa-apa roger," kata individu itu berseloroh.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengatakan mereka ada melihat kelibat lelaki itu ketika melalui jalan yang sama.

Warga maya berjaya mengesan lokasi kejadian.

"Ni macam dekat jalan Kuantan ke Muadzam Shah tu je. Dekat Keratong, Pahang kot. Hari tu dalam Waze ada beritahu ada orang gila pegang parang. Macam sama je.

"Waktu kami lalu tu polis dah ada. Tapi dia masih duduk dekat tengah jalan pegang parang.

"Haritu waktu saya lalu jalan kampung Segamat ke Yong Peng, Johor pun ada nampak orang dalam gelap. Kami berdua terkejut, dah jauh baru tanya suami, orang ke tu?

"Suami cakap rasanya orang sebab dia bawa parang atau sabit dalam gelap, memang gila weh," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain