suria

Mula-mula tenung punggung, kemudian tunjuk seluar dalam depan tandas... Pemuda kaki gim menggigil diganggu lelaki gila seks

Mizwan merakamkan lelaki yang didakwa cuba mengganggunya di gim.

JADI lelaki pun dah tak selamat kerana turut terdedah sebagai mangsa gangguan seksual.

Lebih mengejutkan apabila ia terjadi di sebuah gim ketika orang ramai sibuk melakukan aktiviti kecergasan.

Percaya atau tidak, namun itulah yang dialami oleh seorang pemuda yang merupakan kaki gim.

Pemuda dikenali sebagai Mizwan memaklumkan dia mula menyedari tindakan seorang lelaki yang juga bersenam di gim sama, sejak beberapa minggu lalu.

gangguan seksual gim 3

Luahan seorang kaki gim di laman Twitter.

Dakwa lelaki itu dia merasakan sering diperhatikan ketika melakukan senaman.

"Dah beberapa minggu dia tenung macam nak makan orang. Dan biasanya saya akan workout sehingga gim tutup.

"Dia (pelaku) approach me masa gim dah gelap. Anda tidak mahu tahu apa yang berlaku selepas itu. Menjijikkan," tulisnya menerusi satu perkongsian di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka 'lepas hajat' dalam tandas R&R, pemuda terkejut ada orang rakam dari bawah - "Lelaki berak pun kau bernafsu"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern cuak diganggu jiran gay! Gigih tutup tingkap, kunci pintu... tiba-tiba dah ada dalam rumah sewa

Kata Mizwan lagi, paling ketara apabila ketika dia menggunakan salah satu mesin bagi senaman bahagian kaki.

"Ini yang berlaku, anda mesti sedar machine leg curl tu anda kena meniarap. Jadi mamat ni sering berjalan dekat dan tengok punggung saya.

"Saya cuba untuk mengabaikannya mungkin sebab dia nak belajar (cara senaman). Tapi lama-lama rasa tak selesa sebab dah kenapa tenung buntut orang lama-lama," katanya lagi.

gangguan seksual gim 4

Senaman kaki yang dilakukan Mizwan menjadi perhatian seorang lelaki di gim. gambar hiasan / foto Freepik

Pemuda itu turut mendakwa dia diekori pelaku sehingga ke luar selepas gim menamatkan operasi pada tengah malam.

Tambahnya, ia berlaku ketika dia menyambung melakukan aktiviti senaman di luar gim.

Gangguan seksual boleh berlaku kepada kedua-dua jantina.

MIZWAN

"Pukul 12 tengah malam tepat gim tutup lampu dan nak sambung workout bahagian outdoor. Kemudian masa ni dia makin rapat, lepas tu tak ada hai tak salam nak suruh aku ajar dia.

"Saya cakap no, saya tak latih orang. Muka dia dah tak puas hati dan kemudian blah (beredar)," ujarnya yang melakukan senaman sehingga pukul 12.20 tengah malam.

gangguan seksual gim 5

Pendedahan Mizwan mengenai bahagian punggungnya diperhatikan.

Bukan setakat di dalam gim, Mizwan turut memberitahu kejadian berlaku di tandas awam berdekatan dengan gim sebelum pulang ke rumah.

"Balik nak menuju ke lif. Biasanya sebelum masuk lif tu selalu masuk tandas berdekatan tapi kali ini hajat terbantut.

"Dia tunggu depan tandas sambil angkat baju tunjuk seluar dalam siap bagi hint suruh ikut dia masuk tandas! Dia dah lama perhatikan aku dan tahu aku akan ke situ.

"Aku berlari terus masuk kereta. Badan menggigil. Tak pasti sama ada ia adalah panic attack atau saya sangat marah. Susah nak tidur malam tu," katanya lagi.

gangguan seksual gim 6

Bukan setakat di gim, gangguan seksual turut berlaku di tandas awam.

Pemuda itu turut mendakwa kejadian yang menimpanya kini menjadi kes polis, namun tidak menjelaskan bila dan di mana laporan polis dibuat.

"Gangguan seksual boleh berlaku kepada kedua-dua jantina. Saya percaya anda semua pernah ada pengalaman sama.

"Seperti (insiden menimpa) saya masih boleh dikawal. Dan sudah tentu ada pihak yang membuat jenaka mengenai perkara itu... mereka jadi enablers," katanya yang merujuk kepada individu yang memandang ringan terhadap isu gangguan seksual.

Setakat ini, pendedahannya di laman Twitter dikongsi lebih 3,900 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain