suria

Tersalah pilih isteri tak sekufu, taraf akademik rendah... Paling malang kuat cemburu buta, pantang tengok suami bergaya

Wanita ini dikatakan tidak mempunyai taraf akademik dan berfikiran kurang bijak dalam hal rumahtangga.

PASANGAN hidup adalah seseorang yang menjadi pilihan hati untuk menemani seseorang itu sehingga ke akhir hayat.

Maka pentingnya untuk mereka sekufu dan bersefahaman bagi mengelakkan pertelingkahan dan perkelahian dalam menempuhi alam rumahtangga bersama.

Namun begitu, melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita yang senang disapa sebagai Ilani Razs menceritakan kisah pasangan suami isteri yang tidak sependapat.

Menurut Ilani, perkara itu berlaku kerana lelaki dan wanita itu mempunyai jurang kelulusan akademik yang seperti langit dan bumi.

"Kisahnya bermula apabila ada seorang lelaki yang berkualiti tinggi ni dia berkahwin dengan seorang perempuan yang low quality.

"Sejak sekolah menengah lagi lelaki ni berada di sekolah berasrama penuh. Seterusnya mendapat tajaan penuh untuk diploma, sarjana muda dan master.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri degil tak jaga makan, setahun suami tak ‘sentuh’ kerana gemuk! Wanita tersentak lepas tahu pasangan layan ‘porn’

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin belum hilang, suami ‘makan luar’ dengan ex-GF... isteri terduduk tahu ‘penyondol’ sedang hamil

"Manakala isterinya pula tidak bekerja dan diploma pun tak habis," cerita Ilani.

Ilani berkongsikan masalah utama yang dihadapi pasangan suami isteri itu adalah dalam hal berkomunikasi.

"Sepanjang perkahwinan, isterinya tidak dapat memberikan pendapat yang bernas. Tak dapat nak menyelesaikan sesuatu masalah.

Wanita bijak itu adalah wanita yang berjaya mengawal emosi, pandai berfikir dan menyelesaikan masalah.

ILANI RAZS

"Dan semuanya bergantung sepenuhnya kepada si suami. Isterinya tidak bekerja dan enggan bekerja apabila diminta oleh si suami," ujar Ilani.

Masa lapang sebagai seorang suri rumah tidak digunakan sebaiknya malah si isteri meluangkan masa itu untuk mengelamun perkara yang buruk tentang si suami.

"Selalu beli makanan di aplikasi. Apabila suami balik kerja, isteri jarang ada dekat rumah sebab lepak dengan kawan atau pusing dalam shopping mall.

"Si isteri juga kerap berfikir perkara yang bukan-bukan tentang suaminya. Overthinking. Kalau suaminya sedang bekerja dituduh si suami curang di pejabat.

Si suami dituduh bermain kayu tiga ketika di pejabat. -Gambar hiasan

"Isteri jadi panas baran dan selalu tengking si suami. Baran isteri juga sangat ekstrem seperti mencabar suami untuk menceraikannya," cerita Ilani.

Seterusnya ketika tercetusnya perbalahan, kemarahan si isteri juga bersifat fizikal dan mengancam keselamatan suaminya.

"Setiap kali isterinya menengking, ia akan disusuli dengan perbuatan bahaya macam baling kunci kereta dan tarik baju sampai tercabut butang.

"Isteri suka menuduh melulu kalau suaminya berpakaian yang kemas atau cantik, suami sebenarnya nak pergi kerja tetapi dikatakan nak pergi jumpa perempuan lain.

Jika suami berpakaian segak, si isteri bertindak 'serkap jarang' dengan mengatakan dia hendak berjumpa perempuan lain. -Gambar hiasan

"Lagi sedih apabila isteri gunakan nafkah yang diberikan suami untuk membeli barang kemas dengan boros," kata Ilani.

Sebagai penutup, Ilania sempat menitipkan pesanan kepada kaum wanita agar berfikiran dengan rasional.

"Wanita bijak itu adalah wanita yang berjaya mengawal emosi dan pandai berfikir dan pandai menyelesaikan masalah.

"Kalau mampu berbuat begini, automatik kita akan kelihatan lebih menawan," nyata Ilani mengakhiri bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga menekankan kepentingan untuk mencari pasangan yang sekufu.

"Sekufu sangat penting, orang yang berpendidikan tinggi ni cara melawak pun berilmiah, bukan kosong, itu yang buatkan dia attrractive.

"Sekufu bukat setakat pada material sahaja tetapi dengan tahap pemikiran pun perlu sekufu.

"Sebab tu kena pilih yang sekufu, yang satu level dan cerdik," kata sebilangan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain