suria

[V] Tragedi fun fair Puncak Alam... 3 tercampak daripada ‘sotong ride’, wanita cedera parah

Orang ramai berkerumun ke salah seorang mangsa yang terjatuh sotong ride.

HASRAT orang ramai untuk berseronok di tapak permainan fun fair bertukar tragedi apabila salah satu permainan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Dalam kejadian pada Isnin malam, dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan dikenali sebagai 'sotong ride'.

Kejadian berlaku di tapak fun fair dekat Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’ ketika sedang berpusing.

“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya.

“Tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian," katanya.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain