suria

KJ gelak-gelak ditanya bakal lawan Zahid - “Kita tengok nanti”

Khairy Jamaluddin bercakap kepada media di Pejabat Kementerian Kesihatan. YAP CHEE HONG/The Star

KHAIRY Jamaluddin tidak menjawab teka-teki tentang sama ada dia akan bertanding untuk mengisi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti akan datang.

"Kita tengok nanti," katanya ringkas apabila ditanya pemberita adakah dia akan mencabar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan tertinggi Umno itu, katanya di Putrajaya pada Isnin.

Bekas menteri kesihatan itu tidak menjelaskan secara lanjut namun hanya tergelak apabila diajukan soalan berkenaan.

Dia berkata sedemikian ketika menyerahkan secara rasmi tugasan kepada Menteri Kesihatan Dr Zailah Mustafa.

Sebagai makluman, ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, Khairy ada menzahirkan hasrat untuk menggalas jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri suatu masa nanti.

Untuk rekod Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan perhimpunan agung tahunan parti akan ditangguhkan ke Januari tahun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain