suria

27 timbalan menteri selesai angkat sumpah di Istana Negara

Sebahagian daripada 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negara pada Sabtu.

SERAMAI 27 timbalan menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Istiadat yang diadakan di Balairung Seri Istana Negara atau bilik takhta istana itu bermula sekitar jam 3.10 petang dengan lagu kebangsaan Negaraku.

Dengan berpakaian seragam tentera, Yang di-Pertuan Agong tiba di ruang takhta pada jam 3.05 petang.

Turut hadir dan menyaksikan para menteri mengangkat sumpah jawatan, kesetiaan dan kerahsiaan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri Kabinet lain kerajaan perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Maslan, Adam Adli terselit dalam Kabinet Anwar... Ini senarai lengkap timbalan menteri Kerajaan Perpaduan

Timbalan menteri mengangkat sumpah yang mana mereka dibahagikan dalam tujuh kumpulan ketika istiadat itu dijalankan.

Selepas mengangkat sumpah jawatan, para menteri kemudian menandatangani surat cara pelantikan rasmi, disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menteri-menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 3 Disember lalu.

Pada 2 Disember, Anwar melancarkan Kabinet yang lebih kecil sedikit daripada kabinet sebelumnya - menamakan dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain