suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bookie haram ditahan bersama dadah bernilai lebih RM3juta

Dadah bernilai lebih RM3 juta dirampas.

SEORANG lelaki berusia 37 tahun ditahan selepas memiliki dadah jenis methamphetamine yang bernilai lebih RM3 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek ditahan di rumah sewanya di Jalan Medan Ipoh, Perak dalam operasi 7 Disember lalu.

"Polis pada awalnya menahan suspek di tepi jalan sebelum dia membawa pasukan ke rumah sewanya.

"Di rumah sewa tersebut, pasukan polis menemukan 95 bungkusan plastik berwarna hijau dan kuning yang dipercayai dadah jenis methamphetamine. Dadah disyaki dari kawasan utara Perak," katanya dalam sidang media khas pada Jumaat.

Tambah Mohd Yusri, suspek juga merupakan bookie judi haram dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kesemua dadah yang dirampas itu untuk diedarkan di Ipoh dan Lembah Klang.

"Dengan jumlah rampasan itu, ia boleh digunakan oleh 120,000 orang penagih dadah," katanya.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain