suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar tak main-main, janji pecat menteri rasuah serta-merta!

Anwar pada majlis perjumpaan bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana.

DEMI memastikan Kabinet Kerajaan Perpaduan bersih tanpa rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan memecat serta-merta Jemaah Menteri yang terlibat dengannya.

Anwar menegaskan dia tidak akan membenarkan perkara sebegitu berleluasa dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuainya.

"Saya kata 'no corruption'. Saya bercakap dengan ketua parti komponen, kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta.

"Saya tak tolak ansur," kata Anwar dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad.

Perdana Menteri seterusnya menambah yang peringatannya itu bukan 'gimik politik' tetapi ketegasannya untuk membebaskan negara dari korupsi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain