suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran kecil berlaku di Blok Utara, tiada kerugian - Kementerian Kewangan

Kesan kebakaran di Kementerian Kewangan petang tadi.

KEMENTERIAN Kewangan mengesahkan kejadian kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunannya seperti beberapa rakaman video dan gambar yang tular, petang Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kebakaran kecil telah berlaku pada jam 2.26 petang di bilik sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Kewangan terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

"Kebakaran kecil tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, serta disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan.

"Tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan," kata kenyataan itu.

Pun begitu, Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian insiden kebakaran tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

BN pertahan kerusi DUN Tioman

Artikel Lain