suria

Abang Muhyiddin Yassin meninggal dunia, PM ucap takziah

Allahyarham Abdul Aziz Yassin meninggal dunia pada usia 90 tahun.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kematian abangnya yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin.

"Salam takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas kehilangan abang yang dikasihi.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh," ciapnya di Twitter.

Terdahulu, Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook rasminya melahirkan rasa dukacita atas pemergian abangnya.

"Saya dan keluarga merasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda saya Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini (Selasa).

"Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan saya di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan Allahyarham dalam kalangan orang soleh," kata bekas Perdana Menteri ke 8.

Abdul Aziz yang lahir pada 27 Oktober 1932 di Muar, Johor meninggal dunia pada usianya 90 tahun.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-9.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain