suria

“Jangan cabar saya” - Anwar ingatkan Muhyiddin isu dakwaan seleweng dana RM600 bilion

Sidang media Anwar pada hari pertama bertugas di Kementerian Kewangan. -RAJA FAISAL HISHAN/The Star

WUJUD beberapa proses dan prosedur yang tidak diikuti bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, antaranya ialah penglibatan syarikat yang mempunyai hubung kait dengan ahli keluarga Muhyiddin.

"Saya ingin ingatkan Muhyiddin agar jangan cabar saya sebab memang jelas terdapat beberapa proses dan prosedur yang tidak diikuti," kata Anwar pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Kewangan.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci syarikat dan jenis perniagaan yang dimaksudkannya itu.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clocks in on his first day at MOF. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Anwar tiba di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau menekankan walaupun fokusnya adalah kepada pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat, isu tersebut tetap perlu ditangani memandangkan dia sedang dicabar.

Anwar seterusnya menambah bahawa sesetengah parti mendakwa pihak mereka 'bersih'.

ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin nasib rakyat, menteri rela potong gaji 20 peratus - Anwar

"Tetapi mereka sebenarnya tidak, seperti yang dapat dilihat apabila adanya kelulusan diberikan tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Ini termasuk kelulusan yang dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Pada Isnin, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain