suria

Pakai topi dan pelitup muka hitam… Menteri Pengangkutan senyap-senyap ‘spot check’ LRT

Anthony Loke meninjau keadaan LRT yang berkepadatan tinggi.

MENYEDARI isu kerosakan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) terus menjadi perhatian umum, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat tinjauan mengejut pada petang Isnin.

Tinjauan mengejut itu dibuat Loke pada waktu puncak di laluan Kelana Jaya tanpa pengetahuan pihak Prasarana mahupun media.

“Petang tadi saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak-hour di antara pukul 5 hingga 7 petang.

“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan merasai sendiri suasana waktu puncak di stesen LRT.

“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa... untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Pada posting sama Loke turut berkongsi beberapa keping fotonya ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Kelihatan Setiausaha Agung DAP itu turut mengenakan pelitup muka dan topi berwarna hitam bagi mengelakkan daripada dikenali oleh orang ramai.

Sehubungan itu Loke berkata dia akan mengadakan mesyuarat dengan Prasarana dalam masa terdekat.

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan halatuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain