suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN pertahan kerusi DUN Tioman

Mohd Johari dari BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Tioman. foto Bernama

DATUK Seri Mohd Johari Hussain berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman untuk Barisan Nasional (BN).

Kiraan pada pukul 9.21 malam menunjukkan Mohd Johari memperoleh kemenangan dengan 8,080 undi.

Beliau mempunyai majoriti sebanyak 573 undi berbanding Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN).

DUN Tioman menyaksikan saingan lima penjuru, membabitkan Mohd Johari, Nor Idayu, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Mohd Fadzli memperoleh 784 undi, manakala Osman Bakar dengan 79 undi.

Calon Bebas, Sulaiman Bakar hanya mendapat 58 undi.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 57 peratus.

Calon asal PN bagi DUN Tioman, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi 19 November. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain