suria

PM terpaksa bubar Parlimen, akui tindakan 12 menteri jejas keharmonian dalam kabinet

Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi mengelakkan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

SURAT menteri Kabinet Perikatan Nasional kepada Yang di-Pertuan Agong telah menjejaskan Perdana Menteri dan pembubaran Parlimen adalah perlu bagi mengelakkan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata 12 menteri Perikatan telah bertindak kurang bijak dengan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Justeru, pembubaran ini bagi mengelakkan ketidakharmonian tercetus dalam pentadbiran kerajaan.

logo pru15

"Tindakan menteri-menteri ini jelas menjejaskan jawatan perdana menteri, yang mana pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tindakan mereka juga telah menjejaskan semangat setiakawan dalam pentadbiran kerajaan," ujarnya.

Ismail Sabri juga berkata terdapat menteri Kabinet yang secara terbuka mengkritik keputusan dan dasar kerajaan.

“Malah, kenyataan Pengerusi Perikatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan musuh utama Perikatan ialah Barisan Nasional telah menimbulkan perpecahan, walaupun partinya adalah sebahagian daripada kerajaan sekarang.

“Muhyiddin selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara telah membuat kenyataan menggesa Parlimen dibubarkan dengan mendakwa kerajaan gagal mengurus negara dan ekonominya,” tambah Ismail Sabri.

Ismail Sabri berkata kerajaan hanya boleh berfungsi dengan lancar dengan kebersamaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia bukan penghalang, Tun M mahu pertahan kerusi Langkawi dalam PRU15

“Negara memerlukan kerajaan yang stabil untuk mengharungi cabaran mendatang,” kata Ismail Sabri.

Ismail Sabri mengulas kenyataan Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan perkembangan politik semasa.

“Seperti yang dinyatakan dalam ucapan khas saya semalam (10 Oktober), pembubaran Parlimen adalah untuk menutup suara yang mempersoalkan kesahihan kerajaan, mendakwa ia kerajaan pintu belakang,” tambah Ismail Sabri.

Pada 6 Oktober lepas, didedahkan bahawa 12 menteri Kabinet Bersatu dan PAS telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 3 Oktober untuk menyatakan bahawa mereka menentang pilihan raya umum yang diadakan tahun ini.

Surat itu menyatakan sebab-sebab seperti ramalan Jabatan Meteorologi mengenai monsun teruk dan untuk membolehkan ekonomi negara pulih.

Perikatan telah berulang kali menyatakan mereka tidak bersetuju untuk mengadakan pengundian semasa musim banjir.

PAS juga telah memutuskan bahawa ketiga-tiga DUN di bawah pentadbirannya tidak akan dibubarkan sehingga musim tengkujuh berakhir pada Mac tahun depan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain