suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal keselamatan ditahan, disyaki cabul murid lelaki 12 tahun dalam surau sekolah

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur bersama rakannya di surau berkenaan. Gambar hiasan

SEORANG pelajar berusia 12 tahun dipercayai dicabul oleh pengawal keselamatan di surau sebuah sekolah rendah agama di Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 12.15 pagi, Jumaat, ketika mangsa sedang tidur bersama rakannya di surau berkenaan.

Kejadian terbongkar apabila mangsa menceritakan perbuatan suspek kepada ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

"Siasatan awal mendapati mangsa dicabul dengan cubaan meliwat yang berlaku ketika dia sedang tidur," kata Wan Zulfikri.

"Pada malam itu, mangsa terlibat dengan program qimullail di sekolah pada waktu malam," katanya lagi.

Beliau berkata ibu bapa pelajar itu membuat laporan polis dan dia telah dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.

"Berikutan itu, seorang pengawal keselamatan berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan dibawa ke Mahkamah Tanah Merah untuk mendapatkan perintah reman," katanya lagi.

Wan Zulfikri berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain