suria

Tragis! Pelajar tingkatan 4 maut motosikal rempuh pembahagi jalan

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

SEORANG pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam, pada Jumaat.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 8.05 pagi ketika mangsa yang berusia 16 tahun sedang dalam perjalanan ke sekolah, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis kemalangan dua beranak, budak 10 tahun maut digilis lori

"Dipercayai penunggang motosikal itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di tengah jalan.

"Mangsa merupakan pelajar sekolah menengah SMK Sekyen 24 dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala," katanya.

Saksi atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Mohd Zulkifli Razak di talian 019 447 5767. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain