suria

Lelaki maut dibaham buaya ketika seberang sungai

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

SEORANG lelaki maut dibaham buaya ketika menyeberangi sungai di Kinabatangan, pada Khamis.

Mayat mangsa, Abdul Kadir ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh pihak berkuasa dan diserahkan kepada polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek maut diserang buaya ketika baiki pam air

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.24 petang bagi memaklumkan kejadian di Ladang Lamag Sungai Pin Kinabatangan.

Saksi mendakwa mangsa diseret oleh buaya ke dalam air ketika menyeberangi sungai melalui jambatan kayu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dan ditamatkan pada pukul 5.10 petang selepas mayat mangsa ditemui. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain