suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu lori maut tersepit kenderaan dihempap pokok tumbang

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat pemandu.

SEORANG pemandu lori maut apabila kenderaannya dihempap sebatang pokok tumbang di kawasan perindustrian Desa Plentong, Masai, Johor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian di Jalan Sri Wangi 1/5, pada pukul 2.52 petang Jumaat (20 Mei).

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Pelajar tingkatan 4 maut motosikal rempuh pembahagi jalan

"Sebelas anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba, kami melihat sebuah lori tiga tan dihempap ​​pokok sepanjang 6.1 meter.

"Seorang lelaki berusia 40-an tersepit di tempat duduk pemandu lori berkenaan. Kami berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan menggunakan peralatan menyelamat termasuk chainsaw.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain