suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rempuh MPV ketika turun bukit, penunggang basikal berusia 17 tahun cedera

Seorang penunggang basikal yang sedang menuruni bukit merempuh sebuah kenderaan yang membelok.

SEORANG penunggang basikal mengalami kecederaan ringan selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika menunggang menuruni bukit, pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh menerusi satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang basikal maut dirempuh kereta

"Perlanggaran berlaku 10.11 pagi Sabtu di Jalan Nusa Bukit Tunku. Seorang penunggang basikal merempuh sebuah MPV yang sedang membelok ke kanan ketika dia menuruni bukit dengan laju.

"Penunggang basikal berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kenderaan tidak mengelami sebarang kecederaan.

"Kedua-duanya telah hadir ke Balai Polis Trafik Tun H.S Lee," katanya.

Kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum memintas.

Terdahulu, video kejadian memaparkan seorang penunggang basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju sebelum merempuh sebuah kenderaan yang membelok, menjadi tular di media sosial. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia