suria

Sempadan Malaysia dibuka semula tidak lama lagi - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: BERNAMA.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi.

Ini akan membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bertemu satu sama lain untuk bersama-sama semasa Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: MPN setuju syor sempadan negara dibuka sepenuhnya tanpa keperluan kuarantin wajib mulai 1 Mac - Muhyiddin

Bagi membolehkan perjalanan pergi dan balik Malaysia bersama Brunei dan Thailand, kerajaan sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan kedua-dua negara ini, katanya ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) siri pertama di Dataran Angsana, Johor Bahry pada Sabtu.

Beliau berkata, ia akan menambah fasiliti VTL sedia ada dengan Singapura serta yang masih dalam perancangan dengan Indonesia.

“Bagi memulihkan aktiviti ekonomi dan pelancongan, khususnya di Johor, kerajaan persekutuan melaksanakan VTL udara dan darat dengan Singapura pada 21 Jan tahun ini bagi memudahkan penyatuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik Covid-19. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain