suria

Penunggang basikal maut dirempuh kereta

Seorang penunggang basikal berusia 64 tahun maut dirempuh sebuah kereta. -gambar hiasan

SEORANG penunggang basikal terbunuh selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Kuala Perlis-Changloon di Arau, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Ma'arof berkata, mangsa berusia 64 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian, pada pukul 8.40 pagi Khamis.

Beliau berkata, mangsa sedang berbasikal di sepanjang jalan raya sebelum dilanggar kereta.

"Siasatan awal mendapati mangsa berbasikal di kiri jalan, sebelum menukar lorong secara tiba-tiba dan berbasikal ke arah kanan.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu kereta tidak sempat membrekkan kenderaan lalu merempuh penunggang basikal itu," katanya dalam satu kenyataan.

Nanda berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan pada pukul 8.53 pagi di lokasi kejadian.

Beliau menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kangar untuk bedah siasat.

Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain