suria

Covid-19: Malaysia catat 1,075 kes baharu, pertambahan 11 kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,075 kes baharu, menjadikan keseluruhan 69,095 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,802 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Khamis melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 459 kes, diikuti oleh Sabah (310 kes) dan Johor (78 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 851 kes terbaharu, 122 di ICU... lelaki warga asing antara 2 korban di Sabah

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,075 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 376 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.



Kes kematian akibat Covid-19 pada 3 Disember 2020.

Beliau berkata, sebanyak 948 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 57,917 kes.

"Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikesan pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain