suria

Faizal Azumu tersingkir, gagal dapat sokongan majoriti DUN

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN perak dalam undian percaya pada Jumaat. Foto: Bernama

DIKEMASKINI

ADUN Chenderingan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya pada Jumaat.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Perak.

Usul undi percaya itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik semula MB Perak

Pada awal sesi PAGI Jumaat, usul undi percaya Menteri Besar Perak itu diminta untuk dibahaskan lebih awal berbanding usul lain termasuk Rang Undang-undang Perbekalan 2021 iaitu Bajet Negeri Perak.

Perkara itu diusulkan oleh ADUN Temengor, Salbiah Mohamed dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How atas alasan bahawa Dewan perlu membuktikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai keyakinan majoriti agar keraguan terhadap pemimpin kerajaan itu dapat dipadamkan.

Mohammad Zahir berpuas hati dengan perbahasan Salbiah kerana perkara itu dijelaskan secara spesifik serta mempunyai sokongan 37 ADUN untuk membawa usul tersebut.

Beliau kemudiannya meminta Abd Manaf membacakan usul tersebut yang turut disokong Datuk Mohd Tarmizi Idris.

Sesi DUN kemudiannya dibuka untuk perbahasan oleh wakil kerajaan dan pembangkang dengan ADUN Gunung Semanggol menjadi wakil kerajaan tunggal berbahas menyokong usul tersebut.

Selepas tamat perbahasan, Mohammad Zahir mengumumkan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas dicadangkan oleh ADUN Tenbing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari dengan sokonganADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Semua ADUN diberikan kertas undi khas untuk ditandakan sama ada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali berserta tanda tangan.

Selepas undian dibuat, proses kiraan undi turut disaksikan wakil kerajaan, ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan wakil pembangkang, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing.

Speaker DUN kemudian menangguhkan Persidangan DUN Perak pada Rabu depan. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Suara ‘hantu’ menghantui Google Maps

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah