suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amah ditahan disyaki cederakan anak majikan, perbuatan terbongkar menerusi rakaman CCTV

Seorang pembantu rumah ditahan bagi membantu siasatan.

SEORANG pembantu rumah ditahan polis selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan suspek dengan sengaja mencederakan anak majikannya.

"Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sedang bermain di atas sofa dan suspek menendangnya, menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke lantai. Dia mengalami kecederaan di dahi.

"Rakaman CCTV di rumah pengadu merakamkan kejadian itu," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd Salleh dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 23 tahun itu sudah bekerja dengan pengadu selama dua tahun dengan bayaran gaji sebanyak RM1,200 sebulan.

Katanya, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Khamis, sambil menambah bahawa ibu mentua pengadu berada di dapur, sementara suspek bersama anak pengadu di ruang tamu.

"Suspek ditahan pada hari yang sama dan direman selama empat hari sehingga 7 Disember.

"Kita menyiasat kejadian itu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia