suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Faizal dilantik semula MB Perak

Ahmad Faizal dilantik semula MB Perak.

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang, itu telah diperkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpandukan Perkara XVI, Ayat 2 (a), Undang-Undang Tubuh Perak Darul Ridzuan.

"Timbangan baginda, Ahmad Faizal memperoleh kepercayaan sebahagian besar daripada ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah Menteri Besar Perak akan dilangsungkan pada pukul 3. 30 petang Jumaat di Istana Iskandariah, Ipoh.

Pelantikan Ahmad Faizal, 50, adalah susulan pembentukan kerajaan baharu menerusi gabungan Perikatan Nasional terdiri daripada Umno, Pas dan Bersatu yang memperoleh sokongan 32 daripada keseluruhan 59 Adun.

Ahmad Faizal Azumu, MB Perak

Artikel Lain