suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli lembaga SC positif Covid-19

Pejabat SC akan ditutup sementara sehingga 15 Mac bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dilakukan.

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) mengesahkan seorang ahli lembaga bebas suruhanjaya itu positif Covid-19.

Menurut kenyataan SC, individu itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“SC bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk melaksanakan semua langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk mengenal pasti mereka yang merupakan kontak rapat individu terbabit,” menurut kenyataan itu.

Pejabat SC akan ditutup dan semua pekerja akan beroperasi dari rumah mulai Jumaat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di premis itu sebelum dibuka semula pada 16 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa SC mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pekerja dan meminimumkan penyebaran virus tersebut.

“Ia termasuk operasi secara berpasukan untuk mengurangkan bilangan pekerja di satu-satu lokasi, tapisan kesihatan kepada pengunjung, kuarantin kepada pekerja yang merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 dan meningkatkan sanitasi harian di pejabat,” katanya. - BERNAMA

Artikel Lain