suria

9 lagi positif Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 158 kes

Sebahagian para pelancong yang tiba daripada Satun, Thailand memakai topeng muka dan menjalani imbasan suhu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk Jeti Penumpang Antarabangsa Kuah di Langkawi. Foto Bernama

MALAYSIA mencatatkan sembilan kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 158 kes.

"Salah satu kes baharu mempunyai kaitan dengan perhimpunan agama di Sri Petaling," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan mereka yang menghadiri majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Perhatian... Semua peserta ijtimak tabligh segera hubungi pejabat kesihatan daerah!

"Sekiranya ada yang hadir, sila hubungi talian hotline CPRC atau pejabat kesihatan daerah berhampiran," katanya.

Dr Noor Hisham turut memberitahu bahawa enam pesakit dibenarkan pulang, pada Khamis.

Setakat ini, seramai 32 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari beberapa hospital di negara ini. - The Star


Covid-19, KKM

Artikel Lain