suria

Belum lagi kes sporadik jangkitan Covid-19

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani imbasan suhu terhadap para pelancong dari Satun, Thailand yang menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi di pintu masuk Jeti Penumpang Antarabangsa Kuah di Langkawi. Foto Bernama

SEBELUM ini dianggap kes sprodik pertama bagi Covid-19 di Malaysia, yang dikesan pada program tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia kini dikesan kepada sumber, maka ia tidak lagi dianggap sebagai kes sporadik.

"Kes sporadik adalah kes-kes positif Covid-19 yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster atau sebarang sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes sporadik pertama Covid-19 dikesan di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar

"Untuk kes ini, individu dikesan menerusi pemeriksaan pengawasan jangkitan pernafasan akut teruk.

"Individu disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan, pesakit didapati menghadiri majlis keagamaan di Masjid Seri Petaling. Oleh itu, ia bukan kes sporadik," kata Dr Noor Hisham pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Covid-19 di Putrajaya, Khamis.

Kes sporadik berlaku sebagai satu petunjuk bahawa penyakit itu merabak dalam masyarakat.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kes tersebut dikesan selepas menguji sejumlah 600 sampel, iaitu 138 untuk jangkutan pernafasan akut teruk (SARI) dan 462 untuk penyakit seperti influenza (ILI).

Kementerian itu telah menjalankan pengawasan Covid-19 untuk mengesan kes-kes tempatan dan sporadik di Malaysia melalui pesakit ILI dan SARI tanpa sejarah perjalanan ke negara-negara yang terlibat dengan kontak yang disahkan kes Covid-19. - The Star



sporadik, tabligh, Covid-19

Artikel Lain