suria

Kes sporadik pertama Covid-19 dikesan di Malaysia

Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebagai langkah berjaga-jaga berhubung penularan Covid-19. Foto Bernama

MALAYSIA mengesahkan jangkitan kes sporadik pertama Covid-19, di mana individu dijangkiti tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit yang dijangkiti.

Ia menandakan pertama kali coronavirus itu dikesan secara terpencil dan rawak dalam masyarakat.

Kementerian Kesihatan berkata, sebanyak 600 sampel terdiri daripada 138 untuk Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari)  dan 462 untuk penyakit seperti influenza (ILI) diuji sehingga Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum lagi kes sporadik jangkitan Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Perhatian... Semua peserta ijtimak tabligh segera hubungi pejabat kesihatan daerah!

"Kementerian Kesihatan sedang menjalankan pengawasan Covid-19 untuk mengesan kes-kes tempatan dan sporadik di Malaysia melalui pesakit ILI dan Sari tanpa sejarah perjalanan ke negara-negara yang terlibat dalam kontak dengan kes-kes Covid-19 yang disahkan.

"Sehingga 1 Mac, sejumlah 600 sampel telah diuji dan satu sampel didapati positif untuk Covid-19," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan berterusan untuk mengenal pasti punca kes sporadik.

Beliau juga menasihati rakyat Malaysia agar tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Covid-19. 

Malaysia pada masa ini mempunyai jumlah keseluruhan 149 pesakit yang disahkan Covid-19, dengan 26 daripadanya pulih dan dibenarkan pulang. - The Star



sporadik, Covid-19

Artikel Lain