suria

Covid-19: Malaysia rekod 851 kes terbaharu, 122 di ICU... lelaki warga asing antara 2 korban di Sabah

Malaysia merekodkan 851 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 851 kes baharu, menjadikan keseluruhan 68,020 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,686 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 847 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,472 kes direkodkan, Selangor catat jumlah tertinggi... 3 lagi korban termasuk lelaki asing berusia 24 tahun

Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada Rabu iaitu sebanyak 249 kes diikuti oleh Sabah (229 kes), Johor (102 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (102).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 365 kes," katanya dalam satu sidang media pada Rabu petang.

Sebanyak 658 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 56,969 kes.

"Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan pada Rabu.

Ringkasan kes kematian pada Rabu adalah seperti berikut:

1) Kes 364 - Seorang lelaki berusia 84 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Pesakit meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

2) Kes 365 - Seorang lelaki bukan warganegara berusia 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan lelah. Pesakit meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain