suria

Covid-19: 1,472 kes direkodkan, Selangor catat jumlah tertinggi... 3 lagi korban termasuk lelaki asing berusia 24 tahun

Malaysia merekodkan 1,472 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,472 kes baharu, menjadikan keseluruhan 67,169 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,495 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,467 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor catat jangkitan tertinggi daripada 1,212 kes pada Isnin, lelaki usia 22 tahun antara 3 kes kematian baharu

Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada Selasa iaitu sebanyak 891 kes diikuti oleh Sabah (267 kes), Negeri Sembilan (146 kes) dan Johor (68 kes).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 363 kes," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, antara tiga kes kematian yang dilaporkan, salah satunya melibatkan lelaki bukan warganegara berusia 24 tahun.

Beliau berkata, sebanyak 1,552 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 56,311 kes.

"Sehingga kini, terdapat 120 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster baharu dikesan pada Selasa iaitu Kluster View Kolombong (Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kluster Talang-Talang (Kota Kinabalu).

Ringkasan kes kematian pada Selasa adalah seperti berikut:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, korban

Artikel Lain