suria

Timbalan Menteri nafi tunjuk isyarat jari tengah, dakwa pembangkang salah anggap

Sidang Dewan Rakyat kecoh seketika selepas pembangkang mendakwa Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, menunjukkan isyarat 'jari tengah'.

SIDANG Dewan Rakyat pada sesi petang kecoh seketika gara-gara ahli Parlimen pembangkang mendakwa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi, Willie Mongin, menunjukkan isyarat 'jari tengah'.

Memetik laporan Harian Metro, kekecohan bermula selepas Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo selesai menggulung peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) peringkat kementeriannya.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil tindakan ke atas Willie, sambil menambah perbuatan tersebut turut disaksikan oleh 10 ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, Willie menafikan dia ada melakukan perbuatan berkenaan dan mendakwa ia disalah anggap oleh pembangkang.

"Saya tegaskan ia tidak benar dan mungkin mereka tersalah nampak, saya tidak menunjukkan jari tengah.

"Tetapi jika mereka beranggapan sedemikian, saya rela meminta maaf," katanya.

Azhar kemudian menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini selepas mendengar penjelasan daripada Willie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain