suria

Covid-19: Malaysia rekod 7,420 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 7,420 kes baharu pada Jumaat.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 7,420 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

Angka terbaharu itu sedikit menurun berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Khamis iaitu 8,084 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Negara catat 8,084 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,377,033 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 11,413 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya kini mencecah 2,251,758 kes iaitu 94.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 700 kes sedang dirawat di ICU manakala 364 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, data setiap hari bagi laman sesawang CovidNow akan dikemas kini selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM

Artikel Lain