suria

Turun lagi... kes Covid-19 rekod 6,709 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan sebanyak 6,709 kes baharu Covid-19 pada Isnin.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6,709 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, mencatatkan penurunan berbanding 7,373 kes yang dicatatkan pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,346,303 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 catat penurunan, 7,373 jangkitan baharu direkodkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 10,833 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini kini mencecah 2,206,502 iaitu 94.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 762 kes sedang dirawat di ICU manakala 398 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, data setiap hari bagi laman sesawang CovidNow akan dikemas kini selepas tengah malam.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow iaitu https://covidnow.moh.gov.my," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain