suria

Kes Covid-19 catat penurunan, 7,373 jangkitan baharu direkodkan

Malaysia merekodkan 7,373 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 7,373 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, mencatatkan penurunan berbanding 8,743 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,339,594 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 8,743 kes Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 10,959 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya kini mencecah 2,195,669 iaitu 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 762 kes sedang dirawat di ICU manakala 410 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, data setiap hari bagi laman sesawang CovidNow akan dikemas kini selepas tengah malam.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow iaitu https://covidnow.moh.gov.my," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM

Artikel Sebelum

Artikel Lain