suria

MP Bangi Ong Kian Ming positif Covid-19

Ong Kian Ming (gambar fail) disahkan positif Covid-19.

AHLI Parlimen Bangi daripada DAP, Dr Ong Kian Ming disahkan positif Covid-19 di Parlimen, pada Isnin.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Kian Ming berkata, beliau menjalani ujian kit kendiri Covid-19 melalui air liur pada pukul 3.30 petang hari sama, dan disahkan positif.

Beliau berkata, keputusan sekali lagi disahkan positif menerusi ujian RT-PCR sejam kemudian.

“Saya tidak mempunyai sebarang gejala.

"Saya akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari,” katanya menerusi Twitter beliau.

Kenyataan Kian Ming itu beberapa jam selepas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberi kelonggaran kepada ahli Parlimen untuk membuka pelitup muka ketika berbahas di Parlimen.

Azhar berkata, kelonggaran itu susulan tiada kes Covid-19 direkodkan sepanjang persidangan berlangsung sejak bulan lalu.

Menurut Kian Ming, beliau disahkan negatif pada Rabu lepas di Parlimen, dan beliau tidak pasti bagaimana beliau dijangkiti virus itu. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain