suria

Bukit Aman tunggu keputusan Thailand, Australia... dah hantar permohonan ekstradisi Nur Sajat

PDRM sedang menunggu kebenaran daripada pihak Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan permohonan ekstradisi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang ditahan di negara jiran telah dikemukakan kepada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil berkata, permohonan ekstradisi turut dihantar kepada Australia kerana Nur Sajat dilaporkan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumentasi sedang dilengkapkan untuk bawa pulang Sajat - Polis

"Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga, Australia.

"Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya daripada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa pulang Sajat dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

"Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau jenayah buruan dilaksanakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Abd Jalil berkata, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa.

"Keputusan permohonan tersebut bergantung kepada negara berkenaan sama ada mereka mahu memenuhi permintaan kita atau tidak," katanya.

Sinar Harian pada 23 September melaporkan bahawa pihak polis dalam proses membawa pulang usahawan kosmetik tersebut selepas beliau ditahan pihak berkuasa Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Nur Sajat dikehendaki di negara ini kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Satu waran tangkap turut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lepas selepas usahawan kosmetik itu gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya. - SH

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain