suria

Angka harian Covid-19 kini 9,751 kes, populasi lengkap vaksin 89.1 peratus

Jumlah kes keseluruhan yang direkodkan dalam negara adalah sebanyak 2,323,478 kes pada Jumaat.

KES baharu harian Covid-19 hari ini menurun sedikit kepada 9,751 kes berbanding 9,890 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan kes keseluruhan yang direkodkan dalam negara kepada 2,323,478 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat lagi, negara rekod 9,890 kes Covid-19

Selangor kembali mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,796 kes diikuti rapat Sarawak dengan 1,339 kes.

Kelantan berada di tangga ketiga dengan 1,052 kes, diikuti Johor dengan 864 kes, Sabah 705 dan Terengganu dengan 650 kes.

Setakat hari ini, 89.1 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Lain