suria

Meningkat lagi, negara rekod 9,890 kes Covid-19

Negara merekodkan 9,890 kes Covid-19.

KES baharu harian Covid-19 meneruskan pola peningkatan dengan 9,890 kes berbanding 9,380 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan kes keseluruhan yang direkodkan dalam negara kepada 2,313,727 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 catat sedikit peningkatan, 9,380 jangkitan baharu... Sarawak kekal tertinggi

Sarawak kekal tertinggi dengan 1,413 kes diikuti rapat Selangor dengan 1,402 kes.

Kelantan berada di tangga ketiga dengan 1,032 kes, diikuti Johor dengan 993 kes, Sabah 820 dan Perak dengan 794 kes.

"Kapasiti dan penggunaan katil di wad rawatan rapi (ICU) berada tahap 55 peratus manakala wad bukan ICU berada pada tahap 50 peratus," katanya.

Setakat hari ini 88.8 peratus populasi dewasa dalam negara telah menerima vaksin lengkap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Lain