suria

Kes Covid-19 catat sedikit peningkatan, 9,380 jangkitan baharu... Sarawak kekal tertinggi

Malaysia merekodkan 9,380 kes baharu Covid-19 pada Rabu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 9,380 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, meningkat sedikit berbanding 8,817 kes pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,303,837 kes setakat ini.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,503 kes diikuti Kelantan (1,170), Selangor (1,116), Johor (1,105) dan Sabah (790).

ARTIKEL BERKAITAN: 8,817 kes... Angka harian Covid-19 catat sedikit peningkatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, penggunaan katil Covid-19 ialah 56 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 51 peratus katil bukan ICU.

Beliau berkata, sebanyak 13,045 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini kini mencecah 2,144,681 iaitu 93.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 851 kes sedang dirawat di ICU manakala 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain