suria

Guru tak ambil vaksin sebelum 1 November berdepan tindakan disiplin

Tindakan disiplin akan diambil terhadap guru yang gagal mengambil suntikan vaksin sebelum 1 November ini.

TINDAKAN disiplin akan diambil terhadap guru yang gagal mengambil suntikan vaksin menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu pada 1 November ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, semua guru perlu mematuhi pekeliling dikeluarkan JPA yang turut lengkap dengan maklumat berkenaan tarikh akhir serta hukuman yang menanti mereka yang gagal mengikut arahan.

"Tindakan akan diambil terhadap guru-guru ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terjejas," katanya sewaktu sesi soal jawab di Parlimen pada hari Selasa.

ARTIKEL BERKENAAN: Speaker sahkan DUN Melaka bubar

Dia menjawab soalan Datuk Mohd Salim Shariff (BN-Jempol).

Pekeliling tersebut antara lain turut menyebut bahawa individu yang tidak boleh divaksin disebabkan masalah kesihatan perlulah menghantar laporan kesihatan yang disahkan pegawai kesihatan di hospital kerajaan kepada ketua jabatan mereka.

Menurut Mah, guru-guru yang masil belum mengambil suntikan vaksin boleh walk-in kemana-mana pusat suntikan vaksin yang ada.

Katanya, setakat hari Isnin, 4 Oktober, 388,897 orang guru sudah menerima suntikan vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain