suria

Angka Covid-19 akhirnya turun bawah 10,000 kes

Malaysia hari ini mencatatkan 9,066 kes baharu Covid-19.

KES harian baharu Covid-19 meneruskan pola penurunan dengan buat kali pertama setelah sekian lama negara mencatatkan kurang daripada 10,000 kes, iaitu hanya 9,066 kes baharu dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di negara ini berjumlah 2,277,565.

Semalam negara mencatatkan 10,915 kes harian Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,418 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat peratus lagi untuk benarkan rentas negeri, KJ beri peringatan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 catat penurunan, rekod 10,915 jangkitan baharu

Ini diikuti Selangor dengan 1,000 kes, Kelantan (1,288 kes), Johor (982 kes), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah dengan 670 kes.

Penggunaan katil di unit rawatan rapi berada pada tahap 58 peratus manakala di wad biasa pula pada tahap 52 peratus.

Setakat ini 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, kes harian, setiap negeri,

Artikel Lain