suria

Pasangan pengantin boleh nikah di semua masjid di KL dan Putrajaya - Jawi

Semua pihak yang dibenarkan hadir harus mempamerkan sijil vaksin digital. -Gambar hiasan

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran untuk majlis akad nikah dijalankan di semua masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkara tersebut diputuskan melalui Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pada Jumaat.

Jawi dalam satu kenyataannya pada Jumaat berkata, seramai 10 orang sahaja yang dibenarkan hadir ke masjid untuk majlis akad nikah termasuklah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua saksi daripada pihak Jawi dan seorang jurugambar.

"Semua pihak yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah mestilah telah lengkap menerima vaksin dan perlu mempamerkan sijil vaksin digital.

"Bagi yang masih tidak lengkap vaksin adalah diwajibkan untuk menjalani swab test PCR dalam tempoh tiga hari sebelum majlis akad nikah," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya lagi, bakal pengantin yang telah mempunyai Kebenaran Berkahwin Jawi hendaklah membuat janji temu dengan pihak masjid bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain